Pada tahun ini nampaknya program zoom-a menjadi tumpuan ibubapa bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah di sini. Program ini terbukti berkesan kerana membantu mempercepatkan tugas guru untuk membuat pengesanan tahap pencapaian murid terhadap sesuatu subjek.
Di samping itu juga murid turut berpeluang menguasai kemahiran yang lemah dengan memilih soalan bersesuaian dengan tahap semasa dan memilih aras yang lebih mencabar apabila telah menguasai aras rendah dan sedaerhana.
Bagi murid tahun 5. zoom-a mengandungi :
Topikal
Murid boleh menguji soalan-soalan dengan memilih kemahiran-kemahiran yang ingin diuji
Ujian
Murid boleh menjawab soalan ujian yang akan disediakan oleh Guru dari semasa ke semasa. Antaranya termasuklah :
Febuari Test 1 (1 hingga 14 Febuari 2010)
Febuari Test 2 (15 hingga 28 Febuari 2010)
Mac Test 1 (1 hingga 15 Mac 2010)
Mac Test 2 (16 hingga 31 Mac 2010)
April Test 1 (1 hingga 14 April 2010)
April Test 2 (15 hingga 30 April 2010)
Akaun zoom-a terbahagi kepada 4 jenis:
Akaun murid
Digunakan oleh murid untuk menguji kemahiran mengikut topik, klon dan juga menjawab ujian yang telah dan akan disediakan dari semasa ke semasa.
Akaun Ibubapa/Penjaga
Digunakan oleh ibubapa/penjaga untuk memantau markah murid setelah menjawab soalan ujian yang disediakan. Ibubapa dinasihatkan tidak memberi tekanan pada murid sekiranya mendapat markah yang rendah dalam ujian yang disediakan sebaliknya memberi dorongan serta tunjuk ajar agar mereka terus bersemangat untuk terus belajar.
Akaun Guru
Digunakan untuk memantau aktiviti akses murid dan markah ujian disamping menyediakan ujian untuk dijawab oleh murid.
Akaun Sekolah
Akaun ini merupakan akaun terbesar disekolah. Sekiranya murid terlupa kata kunci atau password ianya boleh dikesan melalui akaun ini. Oleh itu sekiranya ibubapa, murid atau guru-guru mempunyai masalah terhadap penggunaan zoom-a ini bolehlah berurusan dengan En. Zamzami selaku penyelaras zoom-a.
Semoga usaha pihak sekolah melanggan program ini dapat sama-sama dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh ibubapa dan guru dalam memastikan kecemerlangan dapat dicapai, Insyaallah.
P/s :-
*Sekiranya murid menghadapi masalah terhadap program zoom-a ini, anda boleh merujuk sama ada cikgu zamzami atau cikgu ehzam.
*kepada guru-guru sk setiawangsa yang berminat untuk mengetahui cara menyediakan ujian boleh merujuk en. ehzam di bilik media.
*Ibubapa diminta memastikan anak anda melayari program zoom-a ini secara berjadual bagi mengelakkan rasa bosan.
Isnin, 25 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan