Ahad, 24 Januari 2010

Mesyuarat Guru-guru Tahun 5

Tarikh : 25 Januari 2010
Masa : 1.00 - 2.00 petang
Tempat : Bilik Media

Minggu ini merupakan minggu keempat sesi persekolahan berlangsung. Guru-guru tahun 5 berkesempatan meluankan masa selama satu jam untuk mesyuarat khas guru-guru tahun 5. Mesyuarat yang diketuai oleh Penyelaras Aliran iaitu Pn. Khadijah Ibrahim ini adalah bertujuan bagi memaklumkan segala perkara berkaitan aliran tahun 5 termasuklah beberapa peringatan berkaitan SMM, Buku Teks, Zoom-a, bicara pagi, aktiviti kaunseling, Perlantikan bendahari, program bacaan yassin, penggunaan bilik media dan beberapa lagi maklumat penting.


SPBT
Guru-guru diingatkan agar dapat memantau penggunaan buku teks murid sentiasa dalam keadaan yang baik.

kaunseling
guru juga digalakkan merujuk kepada kaunselor sekolah Pn. Mariam dan juga En. Zamzami jika mempunyai sebarang masalah berkaitan murid.

Bicara Pagi
Pada setiap hari jumaat murid-murid akan berkumpul bagi sesi bicara pagi. Bicara pagi tersebut akan bermula seawal jam 7.15 pagi.

SMM Dan Pusat Sumber
guru diminta memasukkan maklumat SMM dengan teliti agar tidak berlaku masalah kemudian hari termasuklah apabila membuat pinjaman buku di pusat sumber.

Program Bacaan Yassin
Insyaallah bagi mengukuhkan kerohanian murid bermula pada bulan Mac, satu majlis bacaan yassin akan dimulakan yang mana tarikhnya akan dimaklumkan kemuadian.

zoom-a dan penggunaan bilik media
guru-guru mata pelajaran teras yang tidak mengetahui cara menyediakan soalan ujian melalui zoom-a boleh berjumpa dengan En. Ehzam di bilik media sama ada secara individu atau kelompok kecil. Guru-guru juga digalakkan menggunakan bilik media dalam P&P dengan membuat tempahan awal supaya tidak berlaku sebarang pertindihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan