Jumaat, 29 Januari 2010

Laporan Pemantauan Zoom-a Bulan Januari

Melalui pemantauan yang telah dibuat. Setakat ini Sk Setiawangsa merupakan sekolah yang muridnya paling aktif melayari zoom-a pada setiap hari di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Mengikut pemantauan juga, ramai murid masih tidak dapat mengakses laman ujian yang telah disediakan disebabkan murid tidak mengisi nama kelas pada ruangan nama kelas yang telah disediakan.

Hal ini mengakibatkan guru-guru tidak dapat menilai pencapaian keseluruhan murid. Oleh itu, kerjasama murid-murid untuk melaporkan sebarang masalah ketika menggunakan zoom-a amatlah dialu-alukan. Sila hubungi guru yang terlibat sama ada cikgu zamzami atau cikgu ehzam.

Berikut adalah murid yang aktif mengakses laman zoom-a

HANIS FARINA, Amanah
21
MUHAMMAD HAKIM,
Dinamik
11
NABIHAH
, Dinamik
10
FARIS

9
AZZEDIN ,Cerdas 9
NAYLI MAISARAH

8
SITI SARAH SHAHIRAH BT. HUSSEIN ,Bistari 7
HURUL AIN7

EZZUL EZZAT7

DAMIA SYAMIMI,Dinamik7


Manakala kelas tahun 5 yang aktif mengakses laman zoom-a ini adalah 5 Dinamik. Tahniah dan teruskan usaha.

Selasa, 26 Januari 2010

Petua Guna zoom-a

Cara terbaik menggunakan zoom-a untuk lebih berkesan dan bagi mengelakkan rasa bosan adalah seperti:

1. Menetapkan waktu pengggunaan dengan menyediakan jadual seterusnya patuh pada jadual yang telah dibuat sebagai contoh peruntukkan 1 atau 2 jam sahaja sehari untuk penggunaan zoom-a dengan menetapkan satu hari 1 mata pelajaran.

2. Pastikan anda jujur pada diri sendiri dengan memastikan segala jawapan yang diberi tidak dibincangkan dengan sesiapa.

3. Sediakan pensil dan kertas kosong untuk menjawab soalan matematik, sekali lagi anda perlu bersikap jujur dengan mengelakan diri daripada menggunakan kalkulator atau mesin kira-kira.

4. Pilih kemahiran yang masih tidak dikuasai dengan baik dan pilih aras yang bersesuaian dengan diri anda ketika menyediakan soalan untuk diri sendiri.

5. Sentiasa menjawab soalan atau ujian yang disediakan dengan hati yang ikhlas dan rendah diri kerana tuhan tidak suka pada hambanya yang bongkak.

6. Semak jawapan dan jangan terlalu yakin dan sentiasa menganngap latihan yang diberi dalam zoom-a ini seperti peperiksaan sebenar.

7. Sebelum menjawab ujian yang telah guru sediakan, pastikan anda bersedia dengan masa yang secukupnya untuk menjawab. Biasanya ujian akan ditamatkan dalam tempoh seminggu. Jadi murid boleh merancang masa untuk menjawab.

Selamat Mencuba, Semoga Berjaya..

PENGAKAP

PERJUMPAAN PERTAMA PENGAKAP SK SETIAWANGSA

Berikut adalah senarai nama ahli pengakap bagi Tahun 5.
Senarai ini adalah berdasarkan kehadiran pada perjumpaan kali pertama yg telah diadakan pada Rabu (20 Jan 2010)

PENGAKAP TAHUN 5 2010

5 AMANAH:

1.RAHIMIN B A. RAHIM

2.HAZIM DANISH BIN HAMDAN

3.ZAKWAN BIN AHMAD ZAIDI

4.MUHAMMAD JAZMI BIN JUANIH

5.RAHIMIN B A. RAHIM

5 BISTARI:

1.WAN MUHD EQBAL

2.AINUDDIN AIMAN B YUSRIN

3.FARZAD FEIZABADI

5 CERDAS:

1.AMIR AFIQ HASSANI

2.SHAHRUL AZHAR BIN SHARZFUDIN

3.RAJA MUHD HARIZ SYAZWAN

4.KHAIRUL ANWAR BIN MOHD RAZAIL

5.ABDUL HAKIM BIN SATAR

6.HENRI RAY CHOO

5 DINAMIK:

1.IRFAN ARIFF BIN KAMAL

2.MUHAMMAD HAFIZI BIN ABDUL HADI

3.MUHD HUZAIFAH B MUHD YUSOF

5 GIGIH:

1.MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL

2.MASTER ROZAIMEE MISUARI

5 HARAPAN:

1.MOHD AMIRUL NURAIMAN BIN HISHAM

2.MUHD ARIFF IDZHAM BIN OTHMAN

3.MUHD ZUHAIRI ZAID

5 JAYA:

1.MUHAMMAD HADWAN BIN ABD GHANI

2.ADIB AQMAL BIN KHALID

3.AMRIZ BIN MAZLIN

5.MUHD AIMAN ALWANIE B DJAMAL

6.ANIEF IMRAN BIN MOHD AMRIN

7.AHMAD NURIZUDDIN

5 KREATIF:

1.MUHD HUDZAIFAH BIN MD. YUSOFF .

2.MUHD NABIL BIN MD RADZI

3.AHMAD SHAZRIL

4.KHAIRUL AZHAR

5.MOHD FADJRI

5 MAJU:

1.AZRUL

2.EZZUL EZZAT BIN ELIAS JEMEDI

5 SETIA:TIADA

5 USAHA:

1. MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN MAHASAN

2. AMIR HAFIZZUDIN BIN AZMAN

3. MUHD FITRI NAIM BIN AZMI

4. MUHAMMAD FIKRI HAKIMI BIN ZULKIFLY

5. MUHAMMAD ANIF BIN MOHD ZAINI

6. FARIS FATTHURRAHMAN

7. AHMAD DANIAL BIN MUHAMMAD

5 WAWASAAN:TIADA

TIADA LETAK NAMA KELAS:

1.MUHAMMAD YASIR BIN ISMAIL

Isnin, 25 Januari 2010

Pembelajaran Interaktif zoom-a

Pada tahun ini nampaknya program zoom-a menjadi tumpuan ibubapa bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah di sini. Program ini terbukti berkesan kerana membantu mempercepatkan tugas guru untuk membuat pengesanan tahap pencapaian murid terhadap sesuatu subjek.

Di samping itu juga murid turut berpeluang menguasai kemahiran yang lemah dengan memilih soalan bersesuaian dengan tahap semasa dan memilih aras yang lebih mencabar apabila telah menguasai aras rendah dan sedaerhana.

Bagi murid tahun 5. zoom-a mengandungi :

Topikal
Murid boleh menguji soalan-soalan dengan memilih kemahiran-kemahiran yang ingin diuji

Ujian
Murid boleh menjawab soalan ujian yang akan disediakan oleh Guru dari semasa ke semasa. Antaranya termasuklah :

Febuari Test 1 (1 hingga 14 Febuari 2010)
Febuari Test 2 (15 hingga 28 Febuari 2010)

Mac Test 1 (1 hingga 15 Mac 2010)
Mac Test 2 (16 hingga 31 Mac 2010)

April Test 1 (1 hingga 14 April 2010)
April Test 2 (15 hingga 30 April 2010)


Akaun zoom-a terbahagi kepada 4 jenis:

Akaun murid
Digunakan oleh murid untuk menguji kemahiran mengikut topik, klon dan juga menjawab ujian yang telah dan akan disediakan dari semasa ke semasa.

Akaun Ibubapa/Penjaga
Digunakan oleh ibubapa/penjaga untuk memantau markah murid setelah menjawab soalan ujian yang disediakan. Ibubapa dinasihatkan tidak memberi tekanan pada murid sekiranya mendapat markah yang rendah dalam ujian yang disediakan sebaliknya memberi dorongan serta tunjuk ajar agar mereka terus bersemangat untuk terus belajar.

Akaun Guru
Digunakan untuk memantau aktiviti akses murid dan markah ujian disamping menyediakan ujian untuk dijawab oleh murid.

Akaun Sekolah
Akaun ini merupakan akaun terbesar disekolah. Sekiranya murid terlupa kata kunci atau password ianya boleh dikesan melalui akaun ini. Oleh itu sekiranya ibubapa, murid atau guru-guru mempunyai masalah terhadap penggunaan zoom-a ini bolehlah berurusan dengan En. Zamzami selaku penyelaras zoom-a.

Semoga usaha pihak sekolah melanggan program ini dapat sama-sama dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh ibubapa dan guru dalam memastikan kecemerlangan dapat dicapai, Insyaallah.

P/s :-
*Sekiranya murid menghadapi masalah terhadap program zoom-a ini, anda boleh merujuk sama ada cikgu zamzami atau cikgu ehzam.

*kepada guru-guru sk setiawangsa yang berminat untuk mengetahui cara menyediakan ujian boleh merujuk en. ehzam di bilik media.

*Ibubapa diminta memastikan anak anda melayari program zoom-a ini secara berjadual bagi mengelakkan rasa bosan.

Ahad, 24 Januari 2010

Mesyuarat Guru-guru Tahun 5

Tarikh : 25 Januari 2010
Masa : 1.00 - 2.00 petang
Tempat : Bilik Media

Minggu ini merupakan minggu keempat sesi persekolahan berlangsung. Guru-guru tahun 5 berkesempatan meluankan masa selama satu jam untuk mesyuarat khas guru-guru tahun 5. Mesyuarat yang diketuai oleh Penyelaras Aliran iaitu Pn. Khadijah Ibrahim ini adalah bertujuan bagi memaklumkan segala perkara berkaitan aliran tahun 5 termasuklah beberapa peringatan berkaitan SMM, Buku Teks, Zoom-a, bicara pagi, aktiviti kaunseling, Perlantikan bendahari, program bacaan yassin, penggunaan bilik media dan beberapa lagi maklumat penting.


SPBT
Guru-guru diingatkan agar dapat memantau penggunaan buku teks murid sentiasa dalam keadaan yang baik.

kaunseling
guru juga digalakkan merujuk kepada kaunselor sekolah Pn. Mariam dan juga En. Zamzami jika mempunyai sebarang masalah berkaitan murid.

Bicara Pagi
Pada setiap hari jumaat murid-murid akan berkumpul bagi sesi bicara pagi. Bicara pagi tersebut akan bermula seawal jam 7.15 pagi.

SMM Dan Pusat Sumber
guru diminta memasukkan maklumat SMM dengan teliti agar tidak berlaku masalah kemudian hari termasuklah apabila membuat pinjaman buku di pusat sumber.

Program Bacaan Yassin
Insyaallah bagi mengukuhkan kerohanian murid bermula pada bulan Mac, satu majlis bacaan yassin akan dimulakan yang mana tarikhnya akan dimaklumkan kemuadian.

zoom-a dan penggunaan bilik media
guru-guru mata pelajaran teras yang tidak mengetahui cara menyediakan soalan ujian melalui zoom-a boleh berjumpa dengan En. Ehzam di bilik media sama ada secara individu atau kelompok kecil. Guru-guru juga digalakkan menggunakan bilik media dalam P&P dengan membuat tempahan awal supaya tidak berlaku sebarang pertindihan.